Suara Blogger (161)

Suara Blogger (161)

Gerak Siber (60)

Gerak Siber (60)

Laporan Akhbar

Laporan Akhbar
Utusan Melayu (Dari 8hb Jun 1907), Suara Perjuangan Melayu

Mengenai Kerajaan

Mengenai Kerajaan

Mengenai Parliamen

Mengenai Parliamen

Monday, January 12, 2009

Abdullah Usul PBB Tubuh Tribunal Jenayah Antarabangsa

Bernama.com, 12 Januari, 2009

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya Malaysia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas Palestin.

Perdana Menteri yang mengusulkan perkara itu dalam Sidang Khas Parlimen mengenai Gaza juga mengusulkan kepada dewan mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua dewan perundangan dan parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Ketika berucap mencadangkan usul-usul ini mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) di Dewan Rakyat di bawah "Mengecam Serangan Rejim Zionis Israel ke atas Wilayah Gaza", Abdullah berkata pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda tanpa sebarang timbang rasa yang sedang dilakukan oleh Israel di wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia kerana ia melibatkan isu pencabulan undang-undang antarabangsa.

"Bahawa serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusian antarabangsa, piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang-orang Awam dalam Masa Perang," katanya.

Baca seterusnya di
sini

2 comments:

ANALISIS MALAYSIA said...

Tuan,

Saya ingin mencadangkan beberapa blog "Anti" pemimpin tertentu dikeluarkan dari sini kerana ia hanya mendedahkan kelemahan pemimpin UMNO. Nampak seperti ada kebencian terhadap orang tertentu dan ini tidak bagus untuk parti.

Nasionalis said...

Analisis

Terima kasih atas buah fikiran tuan. Jika tidak bernama anti ini atau itu, blog-blog UMNO tidak ada yang sifar dari anti ini atau anti itu.

Kita semua waras dan matang untuk membezakan antara betul dan tak betul. Yang mana analitikal dan yang mana politicking. Yang mana kritikal membina dan kritikal merosakkan.

Sebenarnya UMNO lebih telus dan terbuka dalam bersuara dari pembangkang. Kita tidak ada sorok-sorok. Dari di sorok, biar terbuka. Biar kita kekalkan amalan demokrasi sedemikian.

Saya yakin dan optimis kepada manafaat dalam keterbukaan. Insya Allah, sampai masa kita bersatu jua.