Suara Blogger (161)

Suara Blogger (161)

Gerak Siber (60)

Gerak Siber (60)

Laporan Akhbar

Laporan Akhbar
Utusan Melayu (Dari 8hb Jun 1907), Suara Perjuangan Melayu

Mengenai Kerajaan

Mengenai Kerajaan

Mengenai Parliamen

Mengenai Parliamen

Monday, December 29, 2008

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 59, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.

Upacara yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Pelantikan Yang Dipertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih. - BERNAMA

Saturday, December 27, 2008

Al Fatihah!

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.

-- BERNAMA

Saturday, December 20, 2008

Wan Ahmad Farid calon BN

Utusan Malaysia, 20/12/2008 5:05pm

KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 7,000 penyokong BN di Seri Iman, kira-kira pukul 4.52 petang ini.

Saturday, December 13, 2008

Blog-blog yang dikeluarkan dari senarai

Saya ada terbuat beberapa kesilapan dan memohon maaf kepada para pengunjung dari aktivis UMNO dan kebangsaan sekelian.

Blog PAS

Saya telah tersilap meletak dalam senarai blog, Dari Yan. Setelah membaca tulisannya, Surat Terbuka Kepada Ustaz Azizan, saya menyedari pemblog ini adalah ahli PAS.

Blog ini diletakkan dalam senarai kerana ia memberi perspektif yang agak kritis mengenai PAS Kedah tanpa disedari ianya blog ahli PAS.


Kesilapan ini dikesali.

Blog Pro-Pembangkang

Sebelum ini, saya terpaksa keluarkan blog SUKJ kerana blog ini memaparkan Anwar Ibrahim sebagai idolanya.

Saya tidak percaya seorang pejuang kebangsaan dan/atau aktivis kebangsaan akan mengagungkan perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sekarang. Gambar tersebut tiada lagi tetapi bukti adalah berikut:


Jika dilihat gambar bawah itu dengan lebih dekat, jelas blog ini adalah blog penyokong Anwar dan secara tidak langsung menyokong pemikiran PKR.


Perjuangan Anwar Ibrahim sekarang bukan sahaja bertentangan dengan perjuangan UMNO, tetapi gagasan yang dibawa bertentangan dengan semangat kesinambungan kebangsaan Melayu serta kedaulatan Islam di negara ini.

Satu lagi blog yang telah dikeluarkan dari senarai dirasakan seolah-olah blog pembangkang adalah blog BN Raksasa.


Nama yang diberi menghina Barisan Nasional dan bermakna BN adalah parti yang akan pupus seperti dinosaur yang digambarkan.

Setelah diamati, tulisan yang agak kritikal terhadap pemimpin-pemimpin tertentu agak menyerupai hujah-hujah pembangkang dan dicuragai secara tersirat mempromosi parti pembangkang.

Blog ini tidak ada masaalah dengan pemikiran kritikal dan memberi pautan untuk pantauan kepada aggregator-aggregator yang mempunyai blog-blog pembangkang. Namun Penggabung Suara tidak akan memberi ruang dalam bloglist untuk blog yang mempromosi agenda parti pembangkang.

Pihak-pihak yang mengikuti blog-blog ini harap menyedari keadaan ini.

Lain-Lain

Selain ini, saya ada keluarkan satu blog yang nampaknya mengagungkan seorang pemimpin ugama yang diharamkan organisasinya oleh JAKIM.

Disamping itu, blog-blog yang tidak aktif telah diubah senarai. Setelah satu jangka masa, blog yang boleh dianggap telah 'mati' akan dikeluarkan terus.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.
Nasionalis

Friday, December 5, 2008

Tarikh Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuh jatuh pada Sabtu, Januari 17hb, dan hari penamaan calun adalah pada Selasa, Januari 6hb, 2009.

Sekian terima kasih.