Suara Blogger (161)

Suara Blogger (161)

Gerak Siber (60)

Gerak Siber (60)

Laporan Akhbar

Laporan Akhbar
Utusan Melayu (Dari 8hb Jun 1907), Suara Perjuangan Melayu

Mengenai Kerajaan

Mengenai Kerajaan

Mengenai Parliamen

Mengenai Parliamen

Monday, December 29, 2008

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 59, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.

Upacara yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Pelantikan Yang Dipertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih. - BERNAMA

Saturday, December 27, 2008

Al Fatihah!

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.

-- BERNAMA

Saturday, December 20, 2008

Wan Ahmad Farid calon BN

Utusan Malaysia, 20/12/2008 5:05pm

KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 7,000 penyokong BN di Seri Iman, kira-kira pukul 4.52 petang ini.

Saturday, December 13, 2008

Blog-blog yang dikeluarkan dari senarai

Saya ada terbuat beberapa kesilapan dan memohon maaf kepada para pengunjung dari aktivis UMNO dan kebangsaan sekelian.

Blog PAS

Saya telah tersilap meletak dalam senarai blog, Dari Yan. Setelah membaca tulisannya, Surat Terbuka Kepada Ustaz Azizan, saya menyedari pemblog ini adalah ahli PAS.

Blog ini diletakkan dalam senarai kerana ia memberi perspektif yang agak kritis mengenai PAS Kedah tanpa disedari ianya blog ahli PAS.


Kesilapan ini dikesali.

Blog Pro-Pembangkang

Sebelum ini, saya terpaksa keluarkan blog SUKJ kerana blog ini memaparkan Anwar Ibrahim sebagai idolanya.

Saya tidak percaya seorang pejuang kebangsaan dan/atau aktivis kebangsaan akan mengagungkan perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sekarang. Gambar tersebut tiada lagi tetapi bukti adalah berikut:


Jika dilihat gambar bawah itu dengan lebih dekat, jelas blog ini adalah blog penyokong Anwar dan secara tidak langsung menyokong pemikiran PKR.


Perjuangan Anwar Ibrahim sekarang bukan sahaja bertentangan dengan perjuangan UMNO, tetapi gagasan yang dibawa bertentangan dengan semangat kesinambungan kebangsaan Melayu serta kedaulatan Islam di negara ini.

Satu lagi blog yang telah dikeluarkan dari senarai dirasakan seolah-olah blog pembangkang adalah blog BN Raksasa.


Nama yang diberi menghina Barisan Nasional dan bermakna BN adalah parti yang akan pupus seperti dinosaur yang digambarkan.

Setelah diamati, tulisan yang agak kritikal terhadap pemimpin-pemimpin tertentu agak menyerupai hujah-hujah pembangkang dan dicuragai secara tersirat mempromosi parti pembangkang.

Blog ini tidak ada masaalah dengan pemikiran kritikal dan memberi pautan untuk pantauan kepada aggregator-aggregator yang mempunyai blog-blog pembangkang. Namun Penggabung Suara tidak akan memberi ruang dalam bloglist untuk blog yang mempromosi agenda parti pembangkang.

Pihak-pihak yang mengikuti blog-blog ini harap menyedari keadaan ini.

Lain-Lain

Selain ini, saya ada keluarkan satu blog yang nampaknya mengagungkan seorang pemimpin ugama yang diharamkan organisasinya oleh JAKIM.

Disamping itu, blog-blog yang tidak aktif telah diubah senarai. Setelah satu jangka masa, blog yang boleh dianggap telah 'mati' akan dikeluarkan terus.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.
Nasionalis

Friday, December 5, 2008

Tarikh Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuh jatuh pada Sabtu, Januari 17hb, dan hari penamaan calun adalah pada Selasa, Januari 6hb, 2009.

Sekian terima kasih.

Sunday, November 23, 2008

Blog yang tidak menerima komen dan empunya pelbagai blog

Bersesuaian dengan prinsip disebalik media baru berupa forum, laman web dan blog untuk mewujudkan komunikasi dua hala, saya akan hanya membataskan penyenaraian kepada blog-blog yang dua hala dan menerima komentar.

Ini adalah peringatan seminggu. Harap blog-blog sedemikian yang ingin kekal dalam senarai laku yang sepatutnya.

Ada beberapa permintaan dari tuanpunya pelbagai blog untuk menyenaraikan kesemua blog mereka. Ini tidak dapat dilakukan.

Saya memberi peluang kepada yang lain dan akan hanya ambil satu blog utama sahaja. Lakukanlah adjustment yang sepatutnya untuk mempromosikan blog anda. Malah beberapa permintaan pelbagai blog terpaksa ditolak.

Sekian.
Nasionalis

Monday, November 10, 2008

Penjelasan Mengeluarkan Blog Dari Senarai

Saya tidak menahan sebarang pendekatan penulisan, sama ada pendekatan kritikal, atau diplomatik atau pro- atau anti-sesiapa di blog penggabung ini.

Sebarang perubahan yang saya lakukan di blog sentiasa berdasarkan tujuan asal saya memulakan blog ini ia-itu untuk menjadi penggabung suara-suara blog pro-UMNO atau aliran pemikiran kebangsaan. Adakahal blog-blog tertentu tidak seiring dengan pemikiran tujuan blog dan perlu dikeluarkan segera dari senarai.

Selain itu, blog yang terlalu lama tidak dikemaskini atau belum cukup dedikasi penulis blog akan di tukar senarai.

Lama kelamaan, blog ini akan bertambah senarai dan terpaksa disaring berdasarkan mutu dan kepelbagaian pendekatan penulisan.

Sekian. Terima kasih.

Nasionalis

Monday, November 3, 2008

Kempen Benci Kepada Politik Wang


Keadaan politik wang sudah sampai ke tahap epidemik. Amalan politik wang bukan lagi dilakukan secara bersembunyi. Ia bukan ditawarkan lagi tetapi dipinta dan dituntut. Dahulu ia didengar dilakukan kepada perwakilan di PAU, tetapi kini serendah-rendah peringkat cawangan pun lakukan.

Ada yang tidak peduli untuk lakukan, kerana pada mereka UMNO telah hancur dan kini masa untuk mereka perolehi seberapa banyak yang boleh.

Samada anda mahu menerima kenyataan atau tidak, ia berlaku. Ada mereka mengaku secara terbuka kepada anda menerima wang. Ada yang secara tertutup mengaku terlibat sebagai ajen dan pelobi.

Namun ada juga yang ditawarkan menjadi ejen dengan tawaran lumayan tetapi enggan melibatkan diri. Alhamdulillah. Mereka ini sedar politik wang akan menghancurkan parti. Perjuangan parti akan menyimpang dari perjuangan asal kerana pemimpin-pemimpin yang dipilih adalah perasuah. Pemimpin yang mengamalkan rasuah sanggup lakukan apa saja untuk kuasa. Akhirnay tergadai parti dan perjuangan parti.

Demi agama, bangsa dan tanahair, penyakit ini perlu disembuhkan!

Apa boleh kita lakukan?

Satu perkara kita boleh lakukan di blogospera adalah untuk menampal gambar benci politik wang di blog, atau laman web dan portal dan blog UMNO. Muat turun gambar di atas dan letakkan di sidebar blog anda. Harap laman-laman utama UMNO, portal-portal dan blog UMNO semuanya menampal gambar di atas.

Sunday, October 26, 2008

Kedudukkan Pencaluan Mesyuarat Bahagian UMNO Terkini


Bagi mereka-mereka yang ingin mendapatkan kedudukkan terkini, sila lawati MyKMU Johor dan Malaysiakini.com (BM) yang cepat dan agak realtime dalam mengemaskini.

Selain itu, ada usaha-usaha lain dari akhbar-akhbar dan blog-blog seperti Pemilihan UMNO 2009, Utusan Malaysia, Another Brick in the Wall, Pemuda UMNO, Berita Harian, dan lain-lain lagi.
Sila beritahu dengan meletakkan di dalam komentar jika ada sumber-sumber lain.
Terima kasih.

Tuesday, October 7, 2008

Tarikh Mesyuarat Bahagian UMNO

Berikut tarikh-tarikh yang sudah dapat dipastikan:

10 OKTOBER: Machang; Kimanis

11 OKTOBER: Besut

12 OKTOBER: Pagoh; Cheras; Tasek Gelugor; Bukit Gelugor; Parit Buntar; Bagan Serai; Taiping; Beruas; Kampar; Semporna; Silam; Kalabakan; Kota Kinabalu; Pontian; Mersing; Pasir Gudang; Kota Melaka; Kuantan; Rompin; Subang; Shah Alam; Labuan; Rasah; Jempol; Jelebu

15 OKTOBER: Sepang


17 OKTOBER: Petaling Jaya Selatan

18 OKTOBER: Gelang Patah; Tebrau; Kemaman; Kuala Terengganu; Raub; Padang Terap; Batu Pahat; Pokok Sena; Padang Terap; Merbok; Gombak; Padang Rengas;

19 OKTOBER: Nibong Tebal; Bagan; Titiwangsa; Segambut; Bandar Tun Razak; Kepong; Kulai; Ledang; Bakri; Tanjung Piai; Bukit Katil; Masjid Tanah; Alor Gajah; Paya Besar; Kuala Langat; Kuala Selangor; Ampang; Selayang; Tambun; Sungai Siput; Lenggong; Wangsa Maju, Segambut, Titiwangsa; Nibong Tebal; Bagan; Teluk Kemang


25 OKTOBER: Tanjung; Setiawangsa; Seputeh; Labis; Simpang Renggam; Tangga Batu; Jasin; Dungun; Marang; Hulu Terengganu; Setiu; Sik; Tanjong;

26 OKTOBER: Permatang Pauh; Bukit Mertajam; Jelutong; Kluang; Johor Baharu; Pulai; Sri Gading; Parit Sulong; Sembrong; Indera Mahkota; Sabak Bernam, PJ Utara, Serdang, Johor Bahru, Pulai, Sri Gading ,Kluang, Gopeng, Rembau, Hulu Langat

1 NOVEMBER: Kuala Krau; Jerantut; Gua Musang

2 NOVEMBER: Pekan; Batu Kawan; Bayan Baru; Balik Pulau; Sekijang; Segamat; Ayer Hitam; Muar; Cameron Highlands; Puchong; Kuala Pilah; Pekan; Kapar; Hulu Selangor; Kota Raja; Pandan; Kelang; Libaran

8 NOVEMBER: Wangsa Maju; Lembah Pantai; Sungai Besar; Maran; Tanjong Karang.

9 NOVEMBER: Bukit Bendera; Pengerang; Tenggara; Kelana Jaya; Kota Tinggi; Temerloh; Kepala Batas



Mana-mana maklumat mengenai mana Bahagian yang diperolehi akan dikemaskini. Jika para pembaca mempunyai apa-apa maklumat, sila tinggalkan di dalam bahagian komentar.

Terima kasih.


Kemaskini: 9/10/08 11:00 PM

Sunday, September 14, 2008

Kemaskini

Saya baru saja mengemaskini format blog ini untuk kelihatan lebih menarik dan teratur untuk kemudahan bersama. Beberapa kategori-kategori pautan untuk kerajaan, penggabung blog, dan direktori blog suara telah ditambah. Blog ini kini mempunyai ciri-ciri masa, dan pemantau siar langsung pelawat.

Usaha seterusnya adalah untuk mengemaskini isi kandung untuk kategori pautan. Pengemaskinian senarai blogger adalah usaha berterusan.

Terima kasih. - Nasionalis

Monday, September 8, 2008

Terima Kasih: Senarai dan Pautan

Terima kasih kepada yang meminta penyeneraian.

Saya akan memberi pertimbangan yang adil dan wajar berdasarkan aliran sosio-politik kebangsaan, isi kandung sosio-politik dan hal ehwal semasa, kekerapan mengemaskini, persembahan dan keunikan subjek yang diliputi.


Jika ada yang belum disenaraikan, harap maaf. Ia hanya bermakna blog anda belum sesuai buat masa ini dan akan diambil kira apabila dikemaskini dari semasa ke semasa.

Diharap, blog yang telah disenaraikan dapat memberi pautan reciprocal untuk membantu menghebahkan blog aggregat ini.

Terima kasih. - Nasionalis

Saturday, August 2, 2008

Penggabung Suara

Assalamualaikum Selamat Datang

Blog Pertemuan Suara adalah merupakan direktori blog pilihan saya untuk layaran peribadi dan dikongsi bersama anda.
Blog-blog yang terpilih adalah yang memaparkan pemikiran-pemikiran, aktivis masyarakat & politik dan pemimpin-pemimpin aliran Nasionalis Melayu dan Kebangsaan serta blog wartawan yang penting.

Jika anda berminat untuk menyeneraikan blog anda, sila tinggalkan di dalam ruang komentar dan blog sesuai akan disenaraikan, Insya Allah.

Terima kasih. Wassalam. - Nasionalis