Majoriti Kaum India Mengundi BN Di Bagan Pinang, Kata MIC
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- MIC percaya majoriti pengundi dari kaum India di empat kawasan di Bagan Lalang kembali mengundi Barisan Nasional (BN) berdasarkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Ahad.
Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata berdasarkan tinjauan awal parti itu mendapati BN memenangi kesemua empat peti undi di kawasan DUN itu yang majoritinya pengundi India iaitu di Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Brandwall dan Sua Betong.
"Kami gembira dengan keputusan di empat kawasan peti undi di mana ia dikuasai oleh MIC sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata keputusan itu menunjukkan pengundi kaum India sudah kembali kepada BN.
Beliau turut menekan keperluan kesatuan dalam komuniti India untuk bersuara dengan satu suara.
Menteri itu juga berterima kasih kepada semua ketua bahagian dan cawangan MIC yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu.
Pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam, calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempertahankan kerusi berkenaan dengan mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.
Mohd Isa memperoleh 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Suara Blogger (161)
Gerak Siber (60)
Laman Web dan Portal Pro-UMNO
Lain-Lain Blogger
Wartawan-Penulis (Tiada Feed)
Syed Hussein Alattas * Norzah Kepol * Mohd Sayuti Omar * Chamil Wariya * Lesung Batu
Pertubuhan (Tiada Feed)
Alumni Kelab UMNO * Kelab UMNO Luar Negara * Angkatan Belia Islam Malaysia * Mahasiswa Malaysia * Pembela * Peace Malaysia * Kumpulan Prihatin * Gapena * Peguam Syarie * Persatuan Pengguna Islam Malaysia * Gabemkini
Blogger Tak Aktif
Pembela Melayu Sejati * KZSO * Arah Kita * Azrain.Adnan * Wakmasnoor * Bayu Helang * The Malaysian Struggle * Conspiracy Theorist * Sutradari * Bumi Daku * Mat Tomoi * Suara Lantang Jejaka * Politik Sumbang * Warta Malaysia * Cerita Kampus * Panggilan Pertiwi * Burujerdi *

Mengenai Kerajaan
Mengenai Parliamen
Monday, October 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment